Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile




Jatuh Cinta :)
Saturday, 5 November 2011 | 12:08 pm | 0 comments
Rasa ingin dibelai manja oleh seseorang yang mana kita rasakan itulah cinta kita yang abadi yang kekadang sering memuji kekuatan dalam diri dan kita selalu saja leka dibuai asmara yang terus membara . Semangat jati diri seolah tercabar dan hanyut dikala mencari identiti sendiri .

Penantian dalam samar adakah cinta itu milik kita ? Apakah yang dirasai itu sama seperti yang si dia rasa ? Adakah aku berlebihan perasaan yang perasan mengusai diri ?

Meminati seseorang kemudian perasann suka mula berkembang . Dan bila menyukai ada perasaan cinta semakin menular . Adakah si dia begitu ? Adah cinta kamu bertepuk sebelah tangan ? Layanan si dia seolah mempunyai perasaan yang sama ? Namun siapalah tahu hati si dia .

Rasa kosong dalam diri terus menjiwai dan dibuai hanyut dalam mimpi-mimpi si dia . Dan semakin sunyi kerana hati amat merindu kan dia . Tertanya - tanya khabarnya , di mana si dia , sehinggakan mengganggu kerja seharian . Kosong dan terus kosong tanpa si dia .

Kamu tertanya adakah si dia mempunyai perasaan cinta dan sayang atau sekadar suka suka ? Apakah perasaan si dia terhadap kamu ? Kadang - kadang membuatkan kamu termenung jauh . Siapa kamu dihatinya ? Apa si dia mahu ?

Cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa.
Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati .
Cinta itu kekuatan kerana cinta perlu ketabahan .
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan .
Cinta itu kemaafan kerana cinta itu sangat sensitif .
Cinta itu inspirasi kerana cinta itu membina kekuatan .
Cinta itu kesetian kerana cinta itu setia pada yang satu .
Cinta itu keredhaan kerana cinta itu pemberian Allah . 


Menanti satu jawapan yang selalu saja menjadi tanda tanya kepada kita . Memerlukan keberanian untuk menyatakan cinta . Luka kecewa sebenarnya kita cumalah bertepuk sebelah tangan . Luka dalam derita kerana kita hanyalah sandaran baginya . Luka yang tak sudah sudah kerana kita hanya perasan .

Older Post | Newer Post